Melancong ke UK pada tahun hadapan? anda mungkin perlu untuk mendapatkan “UK ETA” sebelum anda pergi. Laman ini akan membantu anda untuk memahami tentang ETA dan samada anda perlu memohonnya.

Kebenaran perjalanan elektronik (ETA) UK ialah keperluan kemasukan baharu yang direka bentuk untuk meningkatkan keselamatan sempadan dan menjejaki imigresen ke UK dengan lebih baik. Ia juga bertujuan untuk menyelaraskan perjalanan bagi warganegara tertentu. Jika anda merancang untuk melancong ke UK, penting untuk mengetahui sama ada anda perlu memohon atau tidak.

Dengan mempelajari tentang keperluan perjalanan terkini, anda boleh mengelakkan sebarang kelewatan dan mendapat ketibaan yang lancar ke UK.

Apakah yang dimaksudkan dengan UK ETA?

Kebenaran perjalanan elektronik (ETA) United Kingdom (UK) merupakan kebenaran perjalanan digital yang membenarkan warganegara yang lauakdari negara-negara yang terpilih untuk melancong ke UK. Ia bertujuan untuk tujuan-tujuan perjalanan tertentu seperti perniagaan, pelancongan, dan kursus pelajaran jangka pendek (kurang daripada 6 bulan). UK ETA sah sehingga 2 tahun. atau sehingga pasport pemegang tamat tempoh, yang mana dahulu.

UK ETA diperkenalkan untuk pertama kali pada Oktober 2023 untuk warganegara Qatar untuk melancong dengan lancar ke UK. Pada Februari 2024, ia diperluaskan kepada warganegara dari Bahrain, Kuwait, Oman, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, dan Jordan. Walaubagaimanapun, Jordan dikeluarkan dari senarai negara berkelayakan ETA pada bulan September tahun yang sama.

Pada tahun lepas, senarai negara yang memerlukan ETA untuk UK telah diperluaskan. Kerajaan UK memilih untuk memasukkan semua kewarganegaraan bukan visa termasuk dari negara bukan Eropah dan negara Eropah. Mereka menyediakan pelepasan secara berperingkat supaya pelancong dari negara bukan Eropah memerlukan ETA untuk memasuki UK mulai tahun 2025, manakala kumpulan kedua warganegara Eropah memerlukan ETA untuk melancong pada atau selepas April 2025. Butiran tentang tarikh dan kewarganegaraan ini boleh didapati di bawah. Mulai 8 Januari 2025, warga AS memerlukan ETA untuk UK dan ETIAS untuk EU.

Terdapat pelbagai manfaat UK ETA yang menjadikannya lebih efisien daripada proses permit atau visa yang lain. Permohonan UK ETA mempunyai waktu serahan yang sangat pantas dan boleh dilengkapkan secara dalam talian sepenuhnya. Ia mengambil masa kurang daripada satu jam dan mempunyai tiga hari bekerja waktu memproses maksimum. Ia juga sangat menjimatkan kos dan membenarkan kemasukan berbilang. ETA menjadikan UK lebih selamat untuk semua orang bercuti ke sana, dengan meningkatkan keselamatan sempadan dan memperkukuhkan proses tapisan bagi pelancong dengan rekod jenayah.

Adakah Anda Memerlukan ETA Untuk Memasuki UK?

Jika anda melancong ke UK tidak lama lagi, anda mungkin bertanya pada diri anda sendiri, “Adakah saya memerlukan ETA untuk memasuki UK?” Ini merupakan soalan yang bagus memandangkan terdapat beberapa perubahan terkini pada senarai negara-negara yang berkelayakan.

Negara-negara berikut boleh mendapatkan ETA untuk melancong ke UK. Tarikh di bawah menunjukkan waktu mereka boleh melancong ke UK dan waktu permohonan dibuka. Ramai warganegara yang melancong tanpa visa ke UK memerlukan UK ETA untuk melancong ke UK sekarang.

Tarikh perjalanan Permohonan dibuka Negara-negara

15 November 2023

25 Oktober 2023

Qatar ialah negara pertama yang warganegaranya layak mendapatkan ETA untuk melancong ke UK.

22 Februari 2024

01 Februari 2024

Bahrain, Kuwait, Oman, Emiriah Arab Bersatu, dan Arab Saudi.

Jordan juga berada dalam senarai. Walaubagimanapun, mereka dikeluarkan dari senarai negara-negara ETA yang berkelayakan pada September 2024; Warganegara Jordan perlu memohon visa untuk melancong ke UK.

8 Januari 2025

27 November 2024

Antigua dan Barbuda, Argentina, Australia, Bahamas, Barbados, Belize, Botswana, Brazil, Brunei, Kanada, Chile, Costa Rica, Grenada, Guatemala, Guyana, Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong, Israel, Jepun, Kiribati, Kawasan Pentadbiran Khas Macau (termasuklah warga British di luar negara), Malaysia, Maldives, Kepulauan Marshall, Mauritius, Mexico, Negeri Bersekutu Mikronesia, Nauru, New Zealand, Nicaragua, Palau, Panama, Papua New Guinea, Paraguay, Peru, Qatar, Samoa, Seychelles, Singapura, Kepulauan Solomon, Korea Selatan, St Kitts and Nevis, St Lucia, St Vincent and the Grenadines, Taiwan, Tonga, Trinidad dan Tobago, Tuvalu, Amerika Syarikat, dan Uruguay.

2 April 2025

5 Mac 2025

Andorra, Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Czechia, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Hungary, Iceland, Itali, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Malta, Monaco, Belanda, Norway, Poland, Portugal, Romania, San Marino, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden, Switzerland, dan Vatican City.

Siapakah yang TIDAK Memerlukan ETA untuk UK?

Pelancong-pelancong berikut tidak memerlukan ETA untuk melancong ke UK tetapi sebaliknya perlu memohon visa.

  • Afghanistan, Albania, Algeria, Angola, Armenia, Azerbaijan, Bangladesh, Belarus, Benin, Bhutan, Bolivia, Bosnia dan Herzegovina, Burkina Faso, Burma (Myanmar), Burundi, Cambodia, Cameroon, Cape Verde, Republik Afrika Tengah, Chad, China, Comoros, Republik Demokratik Congo, Djibouti, Republik Dominica, DR Congo, Ecuador, Mesir, El Salvador, Equatorial Guinea, Eritrea, Eswatini, Habsyah, Fiji, Gabon, Gambia, Georgia, Ghana, India, Indonesia, Iran, Iraq, Ivory Coast, Jamaica, Jordan, Kazakhstan, Kenya, Kosovo, Kyrgyzstan, Laos, Lubnan, Lesotho, Liberia, Libya, Madagascar, Malawi, Mali, Mauritania, Mongolia, Montenegro, Maghribi, Mozambique, Namibia, Nepal, Niger, Nigeria, Korea Utara, Macedonia Utara, Pakistan, Palestin, Filipina, Republik Congo, Rusia, Rwanda, Senegal, Serbia, Sierra Leone, Somalia, Afrika Selatan, Sudan Selatan, Sri Lanka, Sudan, Suriname, Syria, Tajikistan, Tanzania, Thailand, Timor-Leste, Togo, Tunisia, Turkiye, Turkmenistan, Uganda, Ukraine, Uzbekistan, Vanuatu, Venezuela, Vietnam, Yaman, Zambia, dan Zimbabwe.

Terdapat pelbagai jenis visa yang tersedia untuk menetap, bekerja, dan belajar di UK untuk pelbagai tujuan.

Kriteria Kelayakan UK ETA

Untuk memohon, pemohon mesti memenuhi syarat kelayakan UK ETA tertentu.

Berikut merupakan kriteria yang semua warganegara bagi negara berkelayakan harus penuhi untuk mempunyai peluang terbaik bagi mendapatkan UK ETA:

Pasport yang sah bagi negara yang berkelayakan

Pemohon mestilah warganegara dari negara UK ETA yang berkelayakan untuk memohon. Mereka mestilah memiliki pasport yang sah dan boleh memuat naik salinan digital semasa proses permohonan. Pasport ini mestilah sah sekurang-kurangnya 6 bulan selepas mereka berlepas ke UK.

Tujuan melancong

Semua pemohon mesti mempunyai niat untuk mematuhi peraturan UK ETA untuk tujuan perjalanan. UK ETA hanya terbuka kepada mereka yang ingin:

  • Perjalanan sehingga 6 bulan untuk pelancongan, melawat keluarga dan rakan-rakan, menjalankan perjalanan perniagaan yang singkat, atau mendaftar dalam kursus pengajian pendek.
  • Perjalanan sehingga 3 bulan menggunakan konsesi visa Pekerja Kreatif.
  • Mengambil bahagian dalam penglibatan berbayar yang dibenarkan seperti menjalankan persidangan perniagaan atau akademik, mesyuarat jualan atau aktiviti lain yang berkaitan.

Transit melalui UK, jika anda akan melalui kawalan sempadan UK (transit ‘sisi darat’)

Tempoh perjalanan

Warganegara yang layak hanya perlu mendapatkan UK ETA jika mereka merancang untuk menghabiskan 6 bulan atau kurang di UK semasa setiap perjalanan. Mana-mana pengembara yang merancang untuk menetap atau bekerja di UK selama lebih daripada 6 bulan pada satu-satu masa tidak boleh memohon UK ETA. Mereka harus mencari jenis visa kerja atau belajar yang lain.

Rekod imigresen dan jenayah yang bersih

Pemohon secara idealnya akan memiliki rekod imigresen dan jenayah yang bersih. Dari segi imigresen, mereka tidak sepatutnya melanggar undang-undang kemasukan UK atau mana-mana negara lain. Terdapat pengecualian bagi mereka yang mempunyai sabitan jenayah kecil.

Keperluan kelayakan UK ETA bagi yang memiliki rekod jenayah adalah seperti berikut:

  • Permohonan mungkin ditolak jika pemohon disabitkan bagi jenayah di mana-mana negara dalam dunia dan menerima hukuman 12 bulan atau lebih.
  • Permohonan boleh ditolak jika pemohon disabitkan jenayah di mana-mana negara di dalam dunia dalam tempoh 12 bulan lepas (dari tarikh permohonan)
  • Anda tidak perlu mendedahkan sabitan untuk aktiviti yang sah di UK, contohnya, keahlian kesatuan sekerja.

Keperluan bagi Permohonan UK ETA

Semua warganegara yang berkelayakan mesti menyediakan beberapa dokumen yang diperlukan untuk memohon UK ETA. Ini adalah penting untuk permohonan yang berjaya.

Berikut merupakan keperluan umum bagi semua pemohon:

Pasport

Semua pemohon mesti memiliki pasport yang sah dan boleh menyediakan salinan digital muka surat biografi. Sangatlah disarankan supaya pemohon menyemak semula tempoh sah pasport sebelum memohon, jika tarikh tamat tempoh kurang daripada dua tahun, mereka tidak akan mendapat manfaat penuh UK ETA.

Pasport

Gambar

Pemohon mesti memuat naik gambar peribadi digital semasa proses permohonan yang memenuhi garis panduan piawaian. Gambar digital mestilah sekurang-kurangnya 600 x 750 piksel dan di antara 50 KB dan 10 MB. Ia hendaklah jelas, tanpa suntingan, dan kepala serta bahu pemohon mesti kelihatan.

Gambar

Kaedah pembayaran

Pemohon mestilah membayar bayaran permohonan untuk permohonan mereka diproses. Ini boleh dilakukan menggunakan cara pembayaran yang sah, kad debit atau kredit yang sah, Google Pay, atau Apple Pay. Pemohon hendaklah memastikan mereka mempunyai dana yang mencukupi sebelum memulakan proses permohonan.

Kaedah pembayaran

Alamat emel

Semua pemohon mesti memberikan alamat e-mel yang sah. Ini harus boleh diakses oleh mereka sepanjang tempoh pemprosesan dan diperiksa dengan kerap. Semua surat-menyurat permohonan, termasuk keputusan muktamad, akan dihantar ke e-mel ini.

Alamat emel

Langkah-langkah Permohonan UK ETA

Salah satu manfaat UK ETA ialah proses permohonan yang mudah. Pemohon boleh mengambil langkah berikut untuk melengkapkan permohonan UK ETA mereka:

1

Isi borang permohonan

Semua pemohon akan memohon UK ETA dalam talian. Mereka mest melengkapkan borang permohonan dengan dokumen yang diperlukan, maklumat biografi, dan butiran hubungan.

2

Lampirkan dokumen yang diperlukan

Semua pemohon mesti memuat naik salinan pasport mereka yang sah dan gambar peribadi yang memenuhi garis panduan piawaian. Semua garis panduan saiz dan format bagi lampiran digital boleh dijumpai di pautan permohonan di atas.

3

Bayar bayaran permohonan

Pemohon mesti membayar bayaran pendaftaran £97 sebelum menyerahkan permohonan UK ETA. Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit atau debit yang sah, Google Pay, atau Apple Pay. Bayaran ini termasuk bayaran kerajaan dan bayaran perkhidmatan profesional komprehensif kami.

4

Hantar permohonan

Semak semua maklumat untuk ketepatan sebelum menghantar permohonan bagi mengelakkan sebarang kelewatan atau penolakan.

5

Terima ETA anda

Sama ada permohonan diluluskan atau ditolak, anda akan menerima pemberitahuan emel mengenai keputusan ETA. UK ETA akan dipautkan secara elektronik ke pasport anda.

Soalan Lazim

Walaupun visa ialah dokumen yang membolehkan pemegangnya tinggal lebih lama untuk bekerja, belajar atau menetap, ETA ialah permit perjalanan digital. Ia tidak menjamin kemasukan ke UK atau membenarkan tempph tinggal lebih daripada 6 bulan.

UK ETA ialah permit perjalanan. Ia tidak menjamin kemasukan ke UK. Keputusan muktamad kemasukan akan dibuat oleh polis sempadan sebaik sahaja pemegangnya tiba di kawalan sempadan. Jika semuanya teratur, mereka dibenarkan masuk.

UK ETA sah sehingga 2 tahun dan membenarkan berbilang kemasukan ke UK. Pemegang boleh menetap sehingga 6 bulan setiap kali mereka melawat. Jika pasport mereka tamat tempoh dalam tempoh 2 tahun, ETA akan batal.

Memandangkan Ireland Utara adalah sebahagian daripada UK, peraturan yang sama dikenakan kepada sesiapa sahaja yang melancong ke Ireland Utara. Mereka mesti mendapatkan UK ETA jika layak untuk itu. Jika tidak, mereka harus melihat pilihan visa lain.

Tidak, jika anda melancong ke UK menggunakan UK ETA, anda mesti menggunakan pasport yang sama dengan yang anda gunakan. ETA dikaitkan dengan pasport itu. Pasport lain tanpa permit perjalanan tidak akan dibenarkan melainkan pasport UK atau anda mempunyai jenis visa atau dokumen perjalanan lain yang membenarkan kemasukan.

Kami akan bantu anda dalam setiap langkah

Mohon Kebenaran Perjalanan Elektronik UK anda hari ini. Hanya isi borang dalam talian untuk mulakan.

Mohon sekarang